E-mel
Apakah itu E-mel?

E-mel ialah suatu perkhidmatan Kerajaan Elektronik yang membolehkan anda menghantar dan menerima maklumat serta surat-menyurat secara serta-merta kepada dan daripada Internet dan rangkaian Sabah.Net (juga dikenali sebagai rangkaian intranet Negeri).

Siapakah yang berhak menggunakan perkhidmatan ini?

Sesiapa sahaja kakitangan daripada jabatan atau agensi Kerajaan Negeri Sabah yang berada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat menikmati perkhidmatan ini.

Adakah saya perlu membayar untuk perkhidmatan ini?

Perkhidmatan ini adalah PERCUMA bagi semua kakitangan Kerajaan Negeri Sabah.

Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan perkhidmatan ini?

Sila hubungi Bahagian Kemajuan IT Negeri (KIT) di kit@sabah.gov.my untuk memohon perkhidmatan ini. Maklumat ringkas mengenai KIT dan maklumat perhubungan boleh didapati dalam laman web Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Penempatan Laman Web (Web Hosting)
Apakah itu Penempatan Laman Web (Web Hosting)?

Penempatan Laman Web ialah suatu perkhidmatan Kerajaan Elektronik yang membolehkan anda menyediakan maklumat mengenai organisasi anda di Jaring Selebar Dunia (WWW). Dengan demikian, ianya dapat memberikan organisasi anda pendedahan secara on-line, dan ini membolehkan pengguna dan pelanggan organisasi anda mencapai maklumat tersebut di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa.

Siapakah yang berhak menggunakan perkhidmatan ini?

Mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Negeri Sabah yang berada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat menikmati perkhidmatan ini.